BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 19 January 2010

MESYUARAT BAGI PERTANDINGAN PERMAINAN ZON 1 ( 2010 )

Petang tadi dalam pukul 0230 aku menghadiri mesyurat di SMK Air Puteh. Jarak lebih kurang 40 km dari SMK Neram. Terdapat 6 sekolah dalam zon ini.

  1. SMK Felda Neram - pelajar sekitar 400 orang je
  2. SMK Air Puteh
  3. SMK Cerul- pelajar tak ramai mana
  4. SMK Cheneh -
  5. SMK Mak Lagam - sekolah elit ni
  6. SMk Teknik -
  7. SMk Seri Cheneh ( coming soon )
Hanya acara tertentu sahaja yang dipertandingkan pada tahun ini. Ekoran langkah 'berjimat cermat' ini beberapa sukan berprestasi tinggi digugurkan antaranya menembak, bola baling, merentas desa dan lain-lain. Pelaksanaan di sekolah masih kekal bagi memastikan bakat dan kecemerlangan pelajar tida terkubur begitu sahaja. Kategori 15 tahun banyak terkena 'tempiasnya'. Ini kerana banyak acara sukan tidak dipertandingkan dalam kategori ini. Kepada jurulatih, pengurus dan pegawai sukan hara-haraplah bersabar ye..

Acara yang dipertandingkan bagi zon ini:-
  1. Bola sepak - sertai ( lokasi- SMK Cherul ) - 30/2 hingga 2/3 2010
  2. Bola jaring - sertai ( SMK Air Puteh ) - 30/2 hingga 2/3 2010
  3. Bola tampar - tidak sertai ( SMK Teknik) - seminggu sebelum MSSM Olahraga
  4. Hoki - tidak sertai ( SMK Mak Lagam ) - pertengahan March

Mesyuarat juga memutuskan untuk memberikan sijil penyertaan kepada para pelajar yang terlibat.

0 comments: