BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 23 January 2010

KEPUTUSAN RASMI

Kategori Perempuan 15 Tahun
1. Amidas Kamarul Baharin
2. Nor Azlinda Ismail
3. Siti Safiah Yusof


Kategori Lelaki 15 Tahun
1. Muhammad Syaiful Azwan Mohamad
2. Muhammad Syaiful Rafiuddin Che Ali
3. Muhammad Afiq Asyraf Ahmad


Kategori Perempuan 18 Tahun
1. Nurul Husna Sulaiman
2. Nur Syahirah sidek
3.Nor Atikah Hamzah


Kategori Lelaki 18 Tahun

1. Mohd Fazwan Mohamad
2. Muhamad Suhaimi Mohamad
3. Mohd Riduan Mat

Johan Bagi Setiap Kategori

Perempuan 15 Tahun - MERAH ( PERWIRA )
Perempuan 18 Tahun - HIJAU ( PAHLAWAN )
Lelaki 15 Tahun - KUNING ( PEJUANG )
Lelaki 18 Tahun - KUNING ( PEJUANG )


MATA & KEDUDUKAN KESELURUHAN

1. MERAH - 164 MATA
2. KUNING - 163 MATA
3. BIRU - 148 MATA
4. HIJAU - 138 MATA


Catatan : Kepada yang menang diucapkan tahniah. Kepada yang kalah usaha lagi tahun depan. Ingat! yang penting sekali dalam sukan adalah penyertaan dan penglibatan.Kemenangan bukanlah segala-galanya. Dari Meja Sukan terima kasih banyak-banyak kepada yang bertungkus lumus dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke 8 SMK Felda Neram. Sampai jumpa lagi tahun hadapan

Friday 22 January 2010

EPISOD MERENTAS DESA SMKFN 2010

Tuesday 19 January 2010

MESYUARAT BAGI PERTANDINGAN PERMAINAN ZON 1 ( 2010 )

Petang tadi dalam pukul 0230 aku menghadiri mesyurat di SMK Air Puteh. Jarak lebih kurang 40 km dari SMK Neram. Terdapat 6 sekolah dalam zon ini.

  1. SMK Felda Neram - pelajar sekitar 400 orang je
  2. SMK Air Puteh
  3. SMK Cerul- pelajar tak ramai mana
  4. SMK Cheneh -
  5. SMK Mak Lagam - sekolah elit ni
  6. SMk Teknik -
  7. SMk Seri Cheneh ( coming soon )
Hanya acara tertentu sahaja yang dipertandingkan pada tahun ini. Ekoran langkah 'berjimat cermat' ini beberapa sukan berprestasi tinggi digugurkan antaranya menembak, bola baling, merentas desa dan lain-lain. Pelaksanaan di sekolah masih kekal bagi memastikan bakat dan kecemerlangan pelajar tida terkubur begitu sahaja. Kategori 15 tahun banyak terkena 'tempiasnya'. Ini kerana banyak acara sukan tidak dipertandingkan dalam kategori ini. Kepada jurulatih, pengurus dan pegawai sukan hara-haraplah bersabar ye..

Acara yang dipertandingkan bagi zon ini:-
  1. Bola sepak - sertai ( lokasi- SMK Cherul ) - 30/2 hingga 2/3 2010
  2. Bola jaring - sertai ( SMK Air Puteh ) - 30/2 hingga 2/3 2010
  3. Bola tampar - tidak sertai ( SMK Teknik) - seminggu sebelum MSSM Olahraga
  4. Hoki - tidak sertai ( SMK Mak Lagam ) - pertengahan March

Mesyuarat juga memutuskan untuk memberikan sijil penyertaan kepada para pelajar yang terlibat.

LATIHAN RENTAS DESA


Hari ini masuk hari kedua sesi latihan merentas desa dijalankan. Sesi latihan semalam berjalan tanpa ensiden yang tidak diinggini. Pelajar pula 'excited' semacam aje. Maklumlah dah setahun tak berlari. Bila 'starting' bukan main lagi pelajar-pelajar ni. Tak sabar-sabar.Tapi tak sampai 100m dah pancit. 'Merah meram' muka sorang-sorang.
Hari ke-2 juga aku lihat guru-guru rumah sukan bertungkus-lumus membuat persiapan bagi kejohanan pembuka tirai 2010 ini. Terima kasihlah cikgu-cikgu semua. Walaupun sampai ke rumah hampir senja, namun aku yakin 'kepuasan' dalam diri cikgu-cikgu SMKFN tetap ada.
Esok ( Rabu 20/01/2010 ) ialah 'time' para pelajar menguji tahap sebenar daya tahan kardiovaskular mereka . Walaupun latihan hanya dua hari aje tapi aku yakin para pelajar dapat menghabiskan larian mereka sekurang-kurangnya. Sebab dalam sukan kemenangan bukanlah segala-galanya. Yang penting sekali ialah 'penglibatan dan penyertaan' mereka.

Wednesday 13 January 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010 SMKFN

Kejohanan Merentas Desa 2010 kali ke 8 SMK Felda Neram, Kemaman peringkat sekolah akan diadakan pada hari Khamis, 21 Januari, 2010 mulai pukul 7.30 pagi. Sebelum itu, para peserta akan ' bersenamrobik' selama beberapa minit. Kalau ikut pada kebiasaanya, Aktiviti ini akan diadakan pada minggu pertama persekolahan lagi. Walaupun acara merentas desa tidak dipertandingkan pada tahun ni, tapi " sukan tetap sukan". Pihak sekolah tetap bagi peluang dekat para pelajar menunjukkan potensinya.

Semua pelajar adalah layak untuk menyertai acara ini bagi mewakili Rumah Sukan masing-masing. Terdapat empat kagetori dalam acara ini iaitu: Lelaki Bawah 18 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Perempuan Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 15 Tahun. Peserta lelaki (bawah 18 dan 15 tahun) akan berlari sejauh 5 km manakala peserta perempuan (bawah 18 dan 15 tahun) akan berlari sejauh 4 km.

Hadiah akan diberikan kepada 10 pemenang pertama bagi setiap kategori. Lumayan juga hadiah. Dengar cerita pelari "pertama' yang tiba ke garisan penamat bagi setiap kategori akan dapat ' barangan elektrik'. Zaman 'aku' dulu-dulu cuma dapat "tupperware" aje..