BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 16 February 2010

MESYUARAT LAGI...

Dua mesyuarat sekaligus hari ini. Start pukul 0230 hingga 0400 petang. Perbincangan berjalan lancar. Semua perbincangan terarah kepada :-



a) Sukan Tara - Diadakan pada 23-24 Februari 2010
- Acara yang terlibat ( 100m, 800m, lompat jauh dan melontar peluru )
- Pemberian mata ( 3,2 dan 1 bergantung potensi pelajar )
- Wajib disertai oleh pelajar SMKFN



b) Temasya Olahraga Tahunan - Diadakan pada 1, 2 dan 3 MAC 2010
- Bakal dirasmikan oleh Pegawai PPD Daerah Kemaman
- Sambutan gilang-gemilang dan penuh warna-warni


Moga-moga apa yang dirancang akan menemui keberhasilannya. Apepun kita merancang Tuhan yang menentukan. Wassalam

Monday 8 February 2010

OPERASI SIAP PADANG






Kerja-kerja Amatur me'line' garisan acara balapan bermula secara rasminya pada 8 Februari 2010.Walaupun cuaca agak panas terik persiapan untuk Temasya Olahraga Tahunan SMK Felda Neram 2010 tetap diteruskan.Guru-guru terutamanya dari Unit Koko memberi komitmen yang baik bagi menyiapkan venue terbaik yang akan mencipta secara sejarahnya yang tersendiri. Tugasan membuat balapan ini turut dipantau dan diselia oleh pegawai-pegawai KOAM yang bertauliah. Venue ini dijangka akan mendapat CF (layak digunakan )pada bila-bila masa sahaja.

Friday 5 February 2010

CORAT-CORET KARNIVAL BOLASEPAK

Thursday 4 February 2010

KEPUTUSAN RASMI

Kategori 18 Tahun ( Menengah Atas )
1. Pasukan 5 Al-Kindi
2. Pasukan 5 Al-Farabi
3. Pasukan 5 Sains
4. Pasukan Kelapa Sawit
5. Pasukan 5 Al-Kindi

Kategori Lelaki 15 Tahun ( Menengah Bawah )
1. Pasukan Kapcai
2. Pasukan Kriss
3. Pasukan EX5
4. Pasukan Scooter

Karnival Bola Sepak ini dijalankan lewat sehari mengikut tarikh perancangan asal kerana para pelajar terlibat dengan peperiksaan. Namun Karnival ini berjaya juga dilaksanakan. Walaupun cuaca agak panas namun para pelajar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

9 pasukan yang mengambil bahagian kali ini dan menghimpunkan seramai 63 orang pelajar. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 7.00 sepasukan.

Upacara perasmian ‘Sepak Mula’ disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Felda Neram Encik Yusri Ibrahim. Manakala upacara penyampaian hadiah akan diadakan pada waktu perhimpunan sekolah yang akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Karnival Bola Sepak ini terutamanya pengadil perlawanan, ahli jawatankuasa Kelab Bola Sepak dan para pelajar yang bertanding dalam bertungkus-lumus menjayakan aktiviti.
Sekian.

KARNIVAL BOLA SEPAK SMKFN 2010


Tarikh / Hari

1 DAN 2 FEBRUARI 2010 ( ISNIN DAN SELASA )

Masa

3.30 pagi – 06.00 petang

Tempat

Padang SMK Felda Neram

JUMLAH PENYERTAAN

1) L18 ( MENENGAH ATAS ) – 5 PASUKAN

2) L15 ( MENENGAH BAWAH ) – 4 PASUKAN

KESELURUHAN PENYERTAAN : 9 PASUKAN ( 63 orang pelajar yang mengambil bahagian )

YURAN PENYERTAAN ( RM 1 setiap peserta = RM 7 sepasukan )

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

1) Guru Penasihat Kelab

2) Ahli Kelab Bola Sepak SMKFN

7.0 FORMAT PERTANDINGAN

a) Pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 5 sebelah dimana setiap pasukan perlu mendaftarkan 7 pemain

.b) Masa dalam satu perlawanan adalah selama 5 minit. Format pertandingan adalah secara LIGA bergantung kepada penyertaan

c) Dua Kategori iaitu :-

i) Menengah Atas – pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja

ii) Menengah Bawah – pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 sahaja


Saturday 23 January 2010

KEPUTUSAN RASMI

Kategori Perempuan 15 Tahun
1. Amidas Kamarul Baharin
2. Nor Azlinda Ismail
3. Siti Safiah Yusof


Kategori Lelaki 15 Tahun
1. Muhammad Syaiful Azwan Mohamad
2. Muhammad Syaiful Rafiuddin Che Ali
3. Muhammad Afiq Asyraf Ahmad


Kategori Perempuan 18 Tahun
1. Nurul Husna Sulaiman
2. Nur Syahirah sidek
3.Nor Atikah Hamzah


Kategori Lelaki 18 Tahun

1. Mohd Fazwan Mohamad
2. Muhamad Suhaimi Mohamad
3. Mohd Riduan Mat

Johan Bagi Setiap Kategori

Perempuan 15 Tahun - MERAH ( PERWIRA )
Perempuan 18 Tahun - HIJAU ( PAHLAWAN )
Lelaki 15 Tahun - KUNING ( PEJUANG )
Lelaki 18 Tahun - KUNING ( PEJUANG )


MATA & KEDUDUKAN KESELURUHAN

1. MERAH - 164 MATA
2. KUNING - 163 MATA
3. BIRU - 148 MATA
4. HIJAU - 138 MATA


Catatan : Kepada yang menang diucapkan tahniah. Kepada yang kalah usaha lagi tahun depan. Ingat! yang penting sekali dalam sukan adalah penyertaan dan penglibatan.Kemenangan bukanlah segala-galanya. Dari Meja Sukan terima kasih banyak-banyak kepada yang bertungkus lumus dalam menjayakan Kejohanan Merentas Desa Kali Ke 8 SMK Felda Neram. Sampai jumpa lagi tahun hadapan

Friday 22 January 2010

EPISOD MERENTAS DESA SMKFN 2010