BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 13 January 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010 SMKFN

Kejohanan Merentas Desa 2010 kali ke 8 SMK Felda Neram, Kemaman peringkat sekolah akan diadakan pada hari Khamis, 21 Januari, 2010 mulai pukul 7.30 pagi. Sebelum itu, para peserta akan ' bersenamrobik' selama beberapa minit. Kalau ikut pada kebiasaanya, Aktiviti ini akan diadakan pada minggu pertama persekolahan lagi. Walaupun acara merentas desa tidak dipertandingkan pada tahun ni, tapi " sukan tetap sukan". Pihak sekolah tetap bagi peluang dekat para pelajar menunjukkan potensinya.

Semua pelajar adalah layak untuk menyertai acara ini bagi mewakili Rumah Sukan masing-masing. Terdapat empat kagetori dalam acara ini iaitu: Lelaki Bawah 18 Tahun, Lelaki Bawah 15 Tahun, Perempuan Bawah 18 Tahun dan Perempuan Bawah 15 Tahun. Peserta lelaki (bawah 18 dan 15 tahun) akan berlari sejauh 5 km manakala peserta perempuan (bawah 18 dan 15 tahun) akan berlari sejauh 4 km.

Hadiah akan diberikan kepada 10 pemenang pertama bagi setiap kategori. Lumayan juga hadiah. Dengar cerita pelari "pertama' yang tiba ke garisan penamat bagi setiap kategori akan dapat ' barangan elektrik'. Zaman 'aku' dulu-dulu cuma dapat "tupperware" aje..

2 comments:

juragan said...

bagus..3x, sene ambo nk tahu perkembange suke

akula said...

'tapewer' sudah cukup bagus...ambo 'medal pusingan'...