BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 4 February 2010

KEPUTUSAN RASMI

Kategori 18 Tahun ( Menengah Atas )
1. Pasukan 5 Al-Kindi
2. Pasukan 5 Al-Farabi
3. Pasukan 5 Sains
4. Pasukan Kelapa Sawit
5. Pasukan 5 Al-Kindi

Kategori Lelaki 15 Tahun ( Menengah Bawah )
1. Pasukan Kapcai
2. Pasukan Kriss
3. Pasukan EX5
4. Pasukan Scooter

Karnival Bola Sepak ini dijalankan lewat sehari mengikut tarikh perancangan asal kerana para pelajar terlibat dengan peperiksaan. Namun Karnival ini berjaya juga dilaksanakan. Walaupun cuaca agak panas namun para pelajar menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

9 pasukan yang mengambil bahagian kali ini dan menghimpunkan seramai 63 orang pelajar. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 7.00 sepasukan.

Upacara perasmian ‘Sepak Mula’ disempurnakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Felda Neram Encik Yusri Ibrahim. Manakala upacara penyampaian hadiah akan diadakan pada waktu perhimpunan sekolah yang akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Karnival Bola Sepak ini terutamanya pengadil perlawanan, ahli jawatankuasa Kelab Bola Sepak dan para pelajar yang bertanding dalam bertungkus-lumus menjayakan aktiviti.
Sekian.

0 comments: